Blogger Templates
Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Islamic Widget

Tuesday 26 July 2011

TAMADUN ISLAM-TEMA 1 konsep manusia

Pengenalan

Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama ini adalah merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan pengguna bagi semua kejadian sama ada di darat, di laut atau di udara. Sejak abad ke-4 M, orang-orang Barat begitu terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan bahawa manusia berasal daripada beruk. Teori ini mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah Greek termasuklah Aristotle, Anazimander dan Epidocles. Namun demikian, teori ini dipertikaikan oleh saujana sains Islam dan juga Barat. Mereka menganggap ia bukanlah suatu kajian yang bersifat fakta sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja.


Manusia Menurut al-Quran

Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan nafsu tanpa akal. Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah berasal dari keturunan Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu, kaedah mantik atau logik manusia juga berasal daripada tanah. Kebanyakan ulama tafsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati tanah atau disebut sebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripada tanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah berbeza dengan pandangan yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji antropologi.


Fungsi Manusia Menurut al-Quran


Beribadat kepada Allah

Menurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama ada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah. Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang menepati syarat-syarat yang telah ditentukan, contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah ibadat yang jika dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan kumpulan yang lain tidak wajib lagi melakukannya, contohnya melakukan sembahyang jenazah, berniaga, mengajar dan sebagainya.


Memelihara Alam

Selain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. Allah telah mencipta alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia. Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dengan menggunakan ciptaan tersebut hanya untuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan kerosakan di muka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang.


Mengenali di Antara Satu Sama Lain

Manusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Allah mencipta manusia dengan pelbagai puak supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain. Mereka tidak boleh berbangga diri, sombong dan takbur. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam menghadapi sebarang masalah. Perbezaan agama juga tidak boleh dijadikan alasan untuk manusia bermusuhan. Islam hanya membenarkan penganutnya memusuhi orang bukan Islam sekiranya mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba membahayakan orang-orang Islam. Dalam keadaan biasa hubungan baik perlu dikekalkan di antara mereka.


Memakmurkan Muka Bumi

Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera yang dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan untuk meneliti dan berfikir bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada. Banyak rahsia kejadian Allah yang boleh disingkap oleh manusia dengan menggunakan akal yang ada. Di sebalik kejadian tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di dasar lautan juga terdapat pelbagai khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang menggunakan akal dengan sepenuhnya akan dapat menikmati semua ini. Selain untuk dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain.


Mentauhidkan Allah

Manusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-kerasnya melakukan sebarang bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada syirik atau menyekutukan Allah. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Bagi mengelakkan berlakunya syirik, manusia perlu mengenali Allah. Manusia boleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-Nya. Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia.


Mentadbir / Menjadi Khalifah di Muka Bumi

Fungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini. Fungsi ini sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang terbaik. Manusia hendaklah sentiasa bersikap adil sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain. Manusia hendaklah memastikan tidak berlaku kemungkaran di muka bumi sebaliknya hendaklah memastikan berlakunya kebaikan. Hal ini sesuai dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).


Kesimpulan

Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Sekiranya manusia berjaya melaksanakan tanggungjawab tersebut sepenuhnya maka mereka akan dapat menikmati hidup ini dengan penuh kebahagiaan. Jika sebaliknya yang berlaku maka kemusnahan dan huru-hara pasti tidak dapat dielakkan.

Monday 25 July 2011

TAMADUN DUNIA-TEMA 7(PENEROKAAN&PENJELAJAHAN)

Terangkan faktor-faktor yang mendorong kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan Tamadun Islam.
Pengenalan (3 markah)
1. Definisi Penjelajahan
  • Bermaksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat @ daerah.
2. Definisi Penerokaan
  • Bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi.
3. Definisi Pelayaran
  • Bermaksud menjelajah menggunakan jalan laut
4. Tokoh-tokoh Pengembara Islam
  • Ibn Battutah, Ibn Hawqal, Al-Masudi, Ibn Majid
Isi : Faktor penjelajahan dan penerokaan Tamadun Islam. ( 7 isi x 3M =21 M ) 
1. Mengagungkan serta Membesarkan Allah swt
© Mengagungkan dan memperbesarkan Allah terhadap hamba-hambanya setelah memerhatikan segalaciptaan Allah swt dan proses pelaksanaannya.
2. Menambahkan Keimanan dan Ketaqwaan Terhadap Allah swt.
© Objektif ini dapat dicapai setelah melihat kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Ilahi.
3. Menambah Ilmu Pengetahuan
© Dilakukan menerusi pemerhatian dan penelitian terhadap makhluk2 Allah swt serta kesan-kesan peninggalan masyarakat pada zaman lampau
© Orang Islam juga dapat mempelajari ilmu pengetahuan tamadun lain seperti India, Italy dan Andalus
© Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan banyak karya intelektual Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan Parsi.
© Bidang perubatan, astronomi dan matematik Yunani dan India di pelajari dan mempengaruhi perkembangan intelektual Islam.
4. Dorongan Al-Quran
© Dorongan al-Quran supaya umat Islam keluar melakukan pelayaran dan penerokaan.
© Firman Allah dalam:
  • Surah al- Jumuah ayat 9
  • Surah al- Mukmin ayat 82
  • Surah al- Haj ayat 46
© Firman Allah yang bermaksud; katakanlah :” Berjalanlah di muka bumi maka perhatilah bagaimana Allah swt menciptakan manusia dari permulaannya. Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi.
5. Mengambil Ikhtibar/ Pengajaran
© Manusia boleh mengambil pengajaran yang berkaitan dengan kehidupan daripada peristiwa yang berlaku ke atas masyarakat terdahulu di samping peninggalan tamadun silam.
6. Memakmurkan alam dengan aktiviti ekonomi dan perdagangan
© Umat Islam juga dapat diperkenalkan kaedah perniagaan di dalam Islam yang berdasarkan konsep keadilan dan kejujuran
© Pada zaman khalifah al-Walid, para pedagang Islam telah mengadakan hubungan perdagangan hingga ke negeri China.
© Pedagang Islam terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan perdangangn laut antara barat dan timur.
© Mereka juga berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari timur.
7. Menyebarkan Dakwah Islamiah
© Objektif penerokaan juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam.
© Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman untuk kegiatan dakwah.
© Pada zaman khalifah Umar Al-Khattab, ramai pendakwah Islam menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan ajaran Islam.
© Antara pendakwah yang berjaya ialah;
  • Sheikh Abdul Aziz yang mengislamkan Melaka
  • Sheikh Ismail menyebarkan Islam ke Aceh
  • Maulana Ibrahim menyebarkan Islam ke Gerisik, Jawa.
8. Peningkatan Ilmu Pengetahuan ; Geografi & Pelayaran
© Disiplin Geografi telah diterokai oleh umat Islam melalui aktiviti penjelajahan dan penerokaan.
© Tokoh-tokoh Islam seperti al-Masudi, al-Idrisi dan Ibn Hawqal merupakan ahli geografi dan pelayaran Arab yang berusaha meningkatkan ilmu geografi dan pelayaran.
© Melalui ekspedisinya, al-Idrisi berjaya memperkemaskan rekod-rekod pelayaran dan membetulkan kesilapan yang direkodkan oleh penulis terdahulunya.
© Al-Masudi sepanjang pengembaraannya telah membuat pemerhatian terhadap perubahan angin monsun, iklim negara yang dilawati dan kedudukan laut serta sungai.
9. Memperkukuhkan Politik Islam
© Bagi memperkukuhkan politik Islam, banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemerintah Islam.
© Semasa pemerintahan zaman Bani Umayyah, khalifah Abdul Malik bin Marwan dan khalifah al-Walid bin Abdul Malik telah meluaskan wilayah Islam.
© Seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia dan India Utara telah berjaya dikuasai oleh Islam.
10. Perasaan Ingin Tahu
© Perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka.
© Contoh : tokoh Al-Masudi, Ibn Hawqal dll.
© Perasaan ini menyebabkan mereka melakukan penjelajahan dan penerokaan ke kawasan lain.
11. Persaingan dan Cabaran
© Orang Islam berlumba-lumba dengan kuasa Barat seperti Portugal, Inggeris dan Sepanyol untuk mendapatkan bahan mentah yang diperlukan seperti rempah ratus di Timur.
© Hal ini mendorong mereka melakukan penerokaan dan penjelajahan.
Kesimpulan (1 markah)
1. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam telah memberikan nafas baru dalam proses perkembangan intelektual dan pembangunan kemasyarakatan serta peningkatan ekonomi masyarakat Islam.


Bandingkan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam dan Tamadun Barat.
A. Pengenalan 
Definisi penjelajahan dan penerokaan.
1. Menurut Kamus Dewan penjelajahan ialah perihal menjelajahi, mengelilingi atau berjalan ke merata tempat untuk menyelidiki . Manakala penerokaan ialah perihal perbuatan meneroka dan menerokai.
2. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan tamadun Islam
3. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan tamadun barat

B. Isi-isi penting : ( Isi jawapan perlu diperbaiki/tambah lagi )
Tujuan penjelajahan dan penerokaan Islam dan Barat (5isi x 4M=20M)
1. Penyebaran Agama
Para pendakwah Islam menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Saad b Abi Waqas telah berdakwah di China. Selain itu, Syeikh Abdul Aziz dan Maulana Malik Ibrahim dihantar ke alam Melayu. Muaz b Jabal pula dihantar ke Yaman untuk berdakwah di sana. Pada zaman Khalifah Umar al Khattab, Umat Islam telah menjelajah hingga ke Parsi, Rom, dan China untuk menyebarkan Islam.
Begitu juga orang Eropah dalam Tamadun Barat menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian. Orang Kristian dan Islam bermusuhan sejak perang salib. Oleh itu, orang Kristian berhasrat untuk menghapuskan pengaruh Islam dan menggantikannya dengan agama Kristian. Caranya ialah mereka menguasai jalan perdagangan dan menghapuskan monopoli perdagangan yang dikuasai oleh orang Islam di Eropah dan Asia. Idea penjelajahan juga disokong oleh pihak gereja dan raja-raja Eropah. Oleh itu,agama kristian cuba disebarkan ke seluruh dunia menyebabkan mereka gemar menjelajah ke benua Afrika dan Asia.
2. Meningkatkan Ilmu Pengetahuan
Bidang geografi dan pelayaran telah diteroka oleh umat Islam. Selepas wilayah Islam berkembang luas, pengetahuan umat Islam semakin bertambah tentang kedudukan sebuah negara dan bumi. Para intelektual slam mempelajari pelbagai ilmu seperti astronomi, geografi,perubatan daripada peradaban-peradaban lain.
Begitu juga dalam tamadun barat melakukan penerokaan dan penjelajahan bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan. Melalui perkembangan teknologi perkapalan orang Eropah telah membina kapal-kapal laut yang kukuh. Di samping itu bidang geografi juga menggalakkan penjelajahan. Perkembangan dalam bidang pelayaran turut disebabkan oleh kesedaran orang Eropah tentang konsep bumi bulat dan boleh dijelajah dengan selamat. Oleh itu, ilmu penting sebagai faktor penggalak penerokaan dan penjelajahan barat.
3. Kegiatan Perdagangan
Pedagang-pedagang Arab dihantar ke negara luar untuk mendapatkan makanan, kuda, kayu, logam, dan hamba.Pedagang Arab berdagang di Khanfou, China pada abad ke-2 H, Asia Tenggara abad ke-10M, India Abad ke-3 dan ke-4, Yaman, Habsyah, Mesir, dan Asia Timur.
Begitu juga dengan Tamadun Barat, mereka datang ke timur untuk mendapatkan keperluan barangan seperti rempah, sutera, dan lain-lain. Faktor ini dapat memecahkan monopoli dan penguasaan pelabuhan- pelabuhan Itali terhadap barangan timur. Penemuan jalan laut mempercepat proses perdagangan antara barat dan timur.
4. Perluasan kuasa dan Pengaruh.
Pada zaman Umaiyah, Khalifah al Walid b Abd Malik Islam telah bertapak di China, India, Asia tengah, Utara Afrika dan Sepanyol. Pemerintah Islam berusaha memperkukuh politik Islam di seluruh Afrika Utara dari pantai Atlantik hingga Laut Merah.
Begitu juga dengan Tamadun Barat, perkembangan fahaman kapitalisme pada abad ke-16 dan 17 dan konsep merkantilisme membantu perkembangan perdagangan. Oleh itu, orang Eropah berusaha meneroka dan menjelajah benua Asia dan Afrika untuk mengukuhkan kuasa dan pengaruh mereka. Pengukuhan kuasa dan pengaruh ini meningkatkan penguasaan terhadap perdagangan di kawasan tersebut.
5. Memenuhi perasaan ingin tahu
Dalam Tamadun Islam, perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka mendorong umat Islam melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan.
Begitu juga Tamadun Barat, Zaman Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat Eropah. Mereka mula menumpukan terhadap falsafah dan pemikiran yang moden daripada pemikiran yang kuno
6. Membebaskan manusia dari cengkaman penjajahan dan kejahilan.
Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan membebaskan manusia dari cengkaman penjajahan dan kejahilan.
Sebaliknya, Tamadun Barat tidak mementingkan aspek ini.
7. Menambah keimanan dan ketaqwaan
Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan memerhati ciptaan Allah dan menghadapi cabaran semasa pelayaran. Objektif ini dapat dicapai setelah melihat kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Ilahi.
Sebaliknya, Tamadun Barat lebih mengutamakan keseronokan dan kepuasan diri.
8. Mengambil iktibar ke atas masyarakat terdahulu dan menghayati tinggalan tamadun Islam.
Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan mengambil iktibar ke atas masyarakat terdahulu dan menghayati tinggalan tamadun Islam.Contohnya Insaf melihat peninggalan kaum Thamud dan ‘Ad yang ingkar terhadap ajaran Allah.
Sebaliknya Tamadun Barat tidak mempunyai tujuan ini.
9. Dorongan al-Quran
Umat Islam melakukan penjelajahan dan penerokaan didorong oleh seruan al-Quran. Contohnya Firman Allah yang bertmaksud “Katakanlah: Berjalanlah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah swt. menciptakan manusia dari permulaannya, kemudian Allah swt. menjadikannya sekali lagi.
Sebaliknya, Tamadun Barat didorong oleh golongan gereja dan raja.
C. Kesimpulan (2M)
2. Penjelajahan dan pelayaran ini telah menyebabkan agama Islam turut tersebar di seluruh dunia.




Thursday 21 July 2011

TAMADUN DUNIA-TEMA 4(EKONOMI)

1.   Terangkan konsep saradiri,komersil dan kapitalisme.Huraikan perkembangan sistem perdagangan daripada sisem barter kepada sistem kapitalisme yang berlaku di Eropah.

Pengenalan

1.   Ekonomi adalah perkataan Yunani yang membawa maksud peraturan rumah tangga
2.   Ekonomi adalah ilmu yang mengkaji tentang pengeluaran dan pertukaran kewangan dalam aktiviti manusia.
3.   Pendapat :  Adam Smith menganggap ekonomi sebagai kajian tentang sifat dan sebab-sebab kekayaan negara
4.   Jenis-jenis ekonomi: saradiri,barter, komersil, perdagangan dan kapitalisme 

Isi :
     a.         Saradiri
-   Sistem ekonomi yang terawal
-   Sistem ekonomi untuk kegunaan sendiri dan keluarga dengan membuat pelbagai kerja
-   Hanya tertumpu untuk kegiatan pertanian 
-   Untuk keperluan makanan,pakaian 
-   Lebihan untuk ditukar atau dijual.
     
b.   Komersil
-   Mementingkan perdagangan ,perniagaan dan pengeluaran hassil tanaman untuk dieksport
-   Hasil pengeluaran yang berlebihan akan diperdagangkan ke tempat lain.
-   Perdagangan –masyarakat mendapatkan hasil daripada aktiviti perdagangan


    c.        Kapitalisme
-    sistem ekonomi yang lebih kompleks
-    dikenali juga sebagai laissez-faire
-   individu dan syarikat bebas memiliki harta dan mengumpul modal serta menjalankan pelbagai jenis perniagaan demi menaut keuntungan semaksimum mungkin


c.   Perkembangan sistem perdagangan di Eropah.

i.   Sistem barter

-   zaman awal Yunani mementingkan ekonomi sara diri dan pertukaran barang
-   ekonomi saadiri dan sistem barter jelas diamalkan oleh masyarakat Sparta
-   berlaku perkembangan dalam sistem ekonomi sejak zaman Rom dan Helenistik
-   sistem ekonomi Rom berdasarkan sistem ekonomi saradiri


ii.   Perdagangan
-   perkembangan Bandar-bandar dan pertambahan penduduk menyebabkan sistem barter berkembang ke ekonomi komersil
-   serangan orang Gasar membawa kembali orang Eropah ke sistem barter.
-   Perang Salib mengubah sistem ekonomi Eropah pada abad ke-13M
-   Sistem ekonomi komersil yang berasaskan perdagangan menjadi semakin penting kerana kemunculan Bandar-bandar dan pusat-pusat perdagangan seperti Venice dan Florence.
-   Penemuan jalan perdagangan yang baru

iii.         Kapitalisme
-   kewujudan negara Bangsa/pengukuhan raja
-   perdagangan markantalisme
-   gerakan Renaisance menekankan humanisme,sekularismedan individualisme telah melahirkan masyarakat Eropah yang lebih terbuka dan membawa kepada perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Eropah.

Kesimpulan

terdapat pelbagai sistem ekonomi di Barat
Gerakan Renaisance telah membawa kepada perkembangan kapitalisme di Eropah.


2.   Sejauhmanakah faktor ekonomi memainkan peranan yang penting dalam kemunculan Srivijaya(SV) pada abad ke –7M hingga abad ke 17M dan Melaka pada abad ke-15M sebagai empayar Melayu yang unggul di Asia Tenggara.

Pengenalan:

1.   Latarbelakang SV

•   pengasas SV ialah Dapunta Hiyam abad ke-7M
•   mula menakluk kawasan-kawasan berhampiran akibat daripada kekuatan tentera seperti
•   Kedah Tua (671M), Jaiya dan negeri-negeri di sekitar Segenting Kra(775M) dan beberapa tanah besar yang lain.
•   dalam masa tersebut sV menguasai jalan perdagangan antarabangsa di Selat Melaka mulai abad 8M
-   
2.   Laterbelakang Melaka
•   Melaka diasaskan oleh Parameswara pada awal abad ke-15M
•   Pada zaman kegemilangannya Melaka menguasai sebahagian besar negeri-negeri di Tanah Melayu seperti Perak, Pahang, Johor dan negeri-negeri di Sumatra Timur seperti Siak, Inderagiri , Aru,Rokan dan Kampar.

3.   Penguasaan ekonomi 
•   Perdagangan di Melaka merupakan faktor penting kemunculan SV dan     Melaka sebagai empayar yang unggul di Selat Melaka.

4.   Ketenteraan 
•   Walaubagaimanapun kekuatan tentera, kecekapan pemerintah, pentadbiran plabuhan, peranan orang laut dan agama turut membantu SV dan Melaka sebagai empayar.

Isi   :

1.   Faktor ekonomi –penguasaan perdagangan di Selat Melaka
   
Srivijaya.

i.   kekayaan barangan dagangan yang banyak SV muncul sebagai pelabuhan entrepot kerana terdapat pelbagai jenis barangan dagangan.

ii.   barang-barang yang diperolehi dari kawasan pedalaman adalah damar,rempah ,wangi-wangian, emas, gading,perak,kapur barus, agar-agar laut ,kayugaharu dan cendana.
iii.   bahan-bahan mentah seperti kulit kura-kura dan kerang mempunyai permintaaan yang tinggi dari Asia Barat dan China.

iv.   di SV terdapat barang-barang yang dibawa dari Asia Barat dan China.

v.   SV memainkan tiga peranan penting sebagai pelabuhan enterpot sebagai tempat persinggahan kapal-kapal dagangan, pusat pengumpulan serta penyebaran dan pusat pengagihan barang-barang dagangan 

Melaka

i.   Melaka memainkan peranan sebagai pelabuhan antrepot

ii.   Melaka menjadi tumpuan perdagangan dari India, China, Arab dan kepulauan Melayu. 

iii.   Barang yang diperdagangkan :
India -         kain, barang kaca,candu
Arab/Parsi-      kain,batu permata,wangian
Jara-         beras,gula
China-         teh,sutera,tembikar.
Kepulauan Melayu-   rempah-ratus,cenfkih,lada hitam dan buah pala.

2.   Pentadbiran pelabuhan

Srivijaya.

i.   SV menyediakan kemudahan pelabuhan kepada pedagang

ii.   Peranan Tuhan Vatakvurah:
a.   Tuhan Vatakvurah ialah pentadbir diraja yang dilantik oleh raja untuk mengawal kegiatan perdagangan.
b.   peranan utama Tuhan Vatakvurah ialah mengawasi kegiatan para pedagang tempatan yang terdiri daripada Puhawang dan vaniaga.
c.   Tuhan Vatakvurah juga berperanan menetapkan harga barangan dalam pasaran dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk pedagang.

Melaka:
   
i.   Melaka menyediakan kemudahan untuk pedagang
a.   kemudahan memunggah dan menyimpan barang-barang dagangan
b.   penginapan untuk pedagang
c.   pasar tempat berdagang
d.   Syahbandar dilantik untuk menguruskan kegiatan perdagangan
•   syahbandar menjadi orang tengahantara pedagang dengan pemerentah

•   mengutip cukai di pelabuhan
-   6% untuk pedagang luar
-   3% untuk pedagang tempatan
•   mengawal sistem timbang dan sukat barang



3.   Perluasan kuasa dan kekuatan tentera.

Srivijaya:
   
a.   kerajaan SV mempunyai pasukan tentera yang kuat dan besar yang memudahkan
b.   proses perluasan kuasa dan pengaruh.
c.   Tahun 683M Raja Srivijaya mempunyai pasukan tentera yang terdiri daripada 20,000orang askar daripada kalangan orang laut.
d.   Menerusi kekuatan tentera,SV dapat menguasai Bangka,Tulang Bawang, Minangkabau dan Tarumangara di Jawa Barat.
e.   SV juga menakluki Kedah dan meluaskan pengaruh hingga ke Ligor di pantai
f.   timur.
g.   Melalui dasar perluasan kuasa. SV dapat menguasai 14 buah pelabuhan utama di Asia Tenggara dan muncul sebagai negara Thallasocracy yang penting.

Melaka:
a.   keuntungan daripada perdagangan iaitu dapat mengutip cukai
b.   Melaka telah melengkapkan tentera dengan senjata
c.   Melaka menggaji askar upahan Jawa membantu pahlawan/tentera Melayu.
d.   Laksamana mengetuai tentera Melaka –pernah menghalang serangan orang Siam dari darat dan laut.

4.   Penguasaan orang laut.

Srivijaya:

1.   Menurut Wolbers, kemampuan raja-raja SV menguasai orang laut merupakan kejayaan SV.
2.   Dengan melantik orang laut sebagai anggota tentera laut, masalah perlanunan diatasi dan ramai pedagang mengunjungi Srivijaya.

Melaka:

1.   Parameswara telah mendapat bantuan daripada orang laut untuk mengawal Selat Melaka daripada kegiatan lanun.

5.   Sistem pentadbiran yang cekap dan teratur .

Srivijaya.

a.   Inskipsi Telaga Batu mengandungi maklumat lengkap tentang struktur pentadbiran di Srivijaya.
b.   Srivijaya merupakan sebuah kedatuan (empayar) yang dibahagikan kepada beberapa Mandala (wilayah) yang ditadbir oleh Datu

c.   Datu terdiri daripada anak raja dan pembesar bukan keturunan raja.Terdapat empat kelas anak raja iaiatu:
-   Yuvaraja-   merupakan Tengku Mahkota yang bakal mewarisi takhta kerajaan.
-   Pratiyuvaraja   layak mewarisi takhta mengikut hieraki
-   Rajakumara-   layak mewarisi takhta mengikut hieraki
-   Rajaputra-   tidak layak mewarisi takhta kerana itu bukan keturunan raja
d.   Datu-datu dibantu oeh Parvandar yang merupakan ketua tentera yang bertindak menghapuskan penderhaka/pemberontak.

e.   Selain Parvanda terdapat juga pemimpin tentera di peringkat wilayah dan daerah  yang dikenali sebagai Senapati.

f.   Pemimpin tentera yang menduduki tangga ketiga dari segi hieraki adalah Pratisara (pemimpin tentera)

g.   Dalam menjalankan pentadbiran terdapat sekumpulan pegawai pentadbir yang membantu pemerintah menjalankan tugas.

Pegawai   Peranan
Dandanayaka   Hakim diraja
Nayaka   Penghulu Bendahari
Pratyaya   Temenggong
Murdahaka   Penghulu
Kumaramatya   Orang kaya-kaya

h.   Selain golongan pentadbir, terdapat juga kelas pekerja seperti Kayastha(kerani),stapaka(arkitek0,Puhawang (anak kapal pegagang),Vasikarama (tukang besi), Marsi haji (tukang cuci raja, danHulun haji( hamba raja)

Melaka:

a.   Parameswara telah memperkenalkan sistem pembesar empat lipatan

b.   Sultan menduduki tempat tertinggi walaupun baginda mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh pembesar empat lipatan iaitu Bendahara,Temenggung, Penghulu Bendahari dan Laksamana.

c.   Bendahara sebagai ketua pentadbir, penasihat kepada sultan contohnya Tun Perak telah berkhidmat dibawah empat orang sultan sehingga digelar tunggak kuasa di sebalik sultan.

d.   Belum bertanggungjawab menjaga keamanan dalam negeri

e.   Penghulu Bendahari menguruskan hal kewangan dan ketua adat istiadat


6.   Agama Islam:

Kedatangan agama Islam dan perkembangan agama Islam di Melaka turut membantu Melaka menjadi pusat perdagangan di Nusantara dan membantu membentuk empayar Melaka.Kedatangan saudagar Islam dari Arab dan Parsi turut membantu perkembangan ekonomi Melaka dan memperkukuhkan empayar Melaka.sambil berdagang, mereka juga menyebarkan agama Islam.

Kesimpulan: Apa-apa yang berkaitan
5.   Bandingkan perkembangan ekonomi pada zaman Dinasti Maurya di India dengan Dinasti Han di China

Pengenalan

i.   Konsep ekonomi

-   Perkataan ekonomi daripada bahasa Greek bermaksud urusan rumah tangga.
-   Routedge Dictionary of Economi ialah kaedah umum manusia/individu berkerjasama untuk memenuhi kehendak material mereka
Ekonomi ialah ilmu mengkaji pengeluaran,pengagihan,pertukaran dan penggunaan barang yang bersifat kekurangan

ii.   Latarbelakang Dinasti Maurya.

-   Dinasti Maurya ialah empayar pertama India
-   Diasaskan oleh Chandragupta Maurya(321SM-292SM) menjadikan Pataliputra sebagai ibunegerinya.
-   Kawasan empayarnya meliputi Magadha,barat Laut India (Punjap),Lembah Indus (Gujerat)- meliputi hampir seluruh utara India.Zaman Asoka(273M-232M) hingga ke Kalingga.
-   Empayar Maurya merosot selepas 50 tahun kematian Asoka iaitu kira-kira satuak setengah abad.

iii.   Latarbelakang Dinasti Han

-   Diasaskan oeh Liu Pang bergelar Han Kao Tzu
-   Beliau memperkenalkan semula system feudal,menggantikan pemerintahan berpusat Dinasti Chin
-   Dinasti Han memerintah selama 4 abad (206SM-220M) terbahagi kepada Han Barat (200SM-9M) dan Han Timur (25SM-220M)
-   kegemilanganDinasti Han ialah zaman Han Wu Ti (            -9M) yang dapat meluaskan kuasa dari utara China hingga ke Sinkiang ,Yang Tze,Kwang Si  dan Kwangtong.
-   Beiau bergelar maharaja tentera

iv.   Perkembangan ekonomi dalam pertanian,industri, perdagangan dalam negeri serta perdagangan antarabangsa sangat mempengaruhi kekukuhan Dinasti Maurya dan Dinasti Han.


Isi

1.   Pertanian.

Dinasti Maurya.
•   Menjalankan pertanian intensif,kapas dan tebu,padi ditanam di Lembah sungai Indus dan Ganges
•   Ada undang-undang untuk melindungi kegiatan pertanian seperti mengenakan hukuman kepada sesiapa yang merosakkan tangki-tangki simpanan air.
•   Tanah milik kerajaan tetapi diusahakan oeh petani, buruh upahan dan hamba. Pada zaman Asoka diusahakan oleh golongan Sudra.
•   Mereka diselia oeh seorang penyelia (Sitadhyaksa)
•   Hasi pertanian untuk menampong keperluan tentera contoh –zaman Chandragupta Maurya tenteranya 6000,000 orang.
•   Kerajaan menyediakan system pengairan dan mengawasinya.

Dinasti Han:

•   Pertanian aktiviti utama sejak Dinasti Shang,Chou,Chin diteruskan zaman Dinasti Han
•   Terusan terus dibina untuk kawal banjir dan mengairi kawasan pertanian
•   Penggunaan alat-alat pertanian, daripada besi seperti bajak dan tenggala yang ditarik oleh kuda yang dipasang kolar.
•   Bukit diteres untuk menjalankan aktiviti pertanian seperti padi dan sekoi.
•   Tanah milik petani mereka membayar cukai
•   60-70 tahun pertama ,pemerintahan Dinasti Han,hasil pertaniannya meningkat dan dapat menampong pertambahan 50-60 juta penduduk pada penghujung abad pertama SM.

2.   Perindustrian 

Dinasti Maurya.

•   Kerajaan pemilik utama industri dan perdagangan
•   Teks Jaina menyatakan Saddaaputta memiiki 500 bengkel tembikar dan sejumlah kapal untuk mengedarkannya di Lembah Gangga. Beliau ialah pemilik perusahaan persendirian.
•   Industri kain kapas dan tekstil dan membuat senjata,kilang-kilangnya milik kerajaan.
•   Tukang-tukang yang mahir diberi gaji.

Dinasti Han.

•   Permaisuri kepada HanWu Ti sangat giat menggalakkan penanaman pokok malberi untuk memelihara ulat sutera bagi menghasilkan benang dan kain sutera.
•   Teksti Dinasti Han terkenal dengan ketinggian mutunya 
•   Kraf tangan berasaskan sutera menjadi industri domestic golongan petani dan negara.
•   Kraf tangan lain seperti ukiran kayu, gangsa dan jed(barang mewah)




3.   Perlombongan:

Dinasti Maurya.
•   Kerajaan melantik pegawai-pegawai untuk mengawasi kerja-kerja perlombongan seperti lombong emas,perak tembaga,pumbum,besi dan timah.
•   Perlombongan memberi hasil pendapatan negara yang tinggi


Dinasti Han:   
•   Peningkatan pengeluaran lombong seperti jed dan garam.
•   Garam milik dan sumber pendapatan kerajaan. Garam dikawal ketat dan dikenakan cukai

4.   Perdagangan dalam negeri

Dinasti Maurya

•   Peluasan dinasti Maurya meningkatkan perdagangan dalam negeri ( rujuk teks sejarah Tingkatan 4 Bab 2.

Dinasti Han
•   Peningkatan hasil pertanian dan industri meningkatkan perdagangan dalam negeri.
•   Kesannya pertumbuhan bandar-bandar terutama kawasan utara China seperti Honan,Hopei,dan Shangtung.

5.   Perdagangan antarabangsa
   
Dinasti Maurya:
•   India menjalin perdagangan antarabangsa dengan Mesopotamia,Parsi,Tibet ,Asia Tengah,Yunani,China dan Asia Tenggara
•   Contoh India mengekspot kain tenun kapas daripada  Lembah Indus dan membawa masuk gangsa,perak,batu permata dari Parsi dan Afganistan

Dinasti Han:
•   Jalan perdagangan antarabangsa China dengan negara luar melalui jalan sutera darat yang menghubungkan China dengan Barat dengan merentas Asia Tengah (Kushan) dan utara India. Contoh China mengekspot barang mewah,teh,sutera ,tembikar pada pedagang Rom. Perdagangan antarabangsa melalui jalan laut menggunakan pelabuhan-
      pelabuhan selatan China seperti Amoy.



5.   Pertubuhan perdagangan

Dinasti Maurya

•   Persatuan-persatuan pedagang seperti tukang buat senjata ditubuhkan untuk mengawal harga barang,menentukan gaji pekerja,mengawal mutu barang yang dihasilkan
•   Wujud kumpulan koperatif buruh yang terlibat daam perusahaan skala besar-besaran seperti pembinaan rumah dan kui-kuil.
•   Kumpulan koperatif ini menggalakkan pembahagian kerja.
•   Ada peraturan yang menetapkan hukuman sekiranya syarikat koperatif tidak menepati kontrak perjanjian.

Kesimpulan
•   Selain daripada peperangan dengan puak Hsiung Nu yang berlarutan ,kejatuhan Dinasti Han juga    disebabkan oeh faktor ekonomi seperti perbelanjaan besar untuk membina istana. Kerajaan mengenakan pelbagai cukai yang menyebabkan rakyat tidak berpuas hati
•   Tetapi kejatuhan Dinasti Maurya disebabkan pemberontakan negeri-negeri taklukan seperti Deccan dan rasa tidak puas hati Brahmin Hindu terhadap dasar-dasar Buddha.