Blogger Templates
Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Islamic Widget

Thursday, 21 July 2011

TAMADUN DUNIA-TEMA3(KETAHANAN DAN PERTAHANAN)

KETAHANAN DAN PERTAHANAN

1. Ketahanan dan pertahanan merupakan salah satu elemen penting dalam proses peningkatan tamadun manusia. Keperluan kepada makanan dan tempat tinggal menyebabkan berlaku persaingan yang membawa kepada peperangan.

2. Menurut Tanya Marton dalam artikelnya yang bertajuk ‘Ancient Rome, Sophisticated’, - pasukan tentera Rom telah wujud semenjak tahun 753 S.M dan bertahan sehingga tahun 478 M. Rom telah melancarkan serangan ke atas kota-kota di seluruh Itali untuk menyatukan semua kota-kota ini.

3. Organisasi ketenteraan merujuk perkara-perkara berikut; jenis-jenis tentera, yang mengepalai sesuatu peperangan, pentadbiran tentera (logistik), strategi dan taktik peperangan dan teknologi senjata. Organisasi ketenteraan di Rom banyak ditentukan oleh bentuk pemerintahan yang wujud di Rom pada masa itu.

4.Terdpt empat perkara asas digunakan oleh kesemua negara utk mempertahankan negara masing-masing. Empat perkara asas tersebut ialah:
i.strategi(merancang dan mengarahkan kempen untuk memperdayakan musuh)
ii.taktik (tindakan di medan pertempuran)
iii.teknologi peperangan (senjata,kelengkapan dan kenderaan)
iv.logistik(panglima tentera mesti memastikan kelengkapan tentera baik dan mencukupi)

 Konsep ketahanan dan pertahanan 
-Kamus Dewan  mendefinisikan ketahanan sebagai keadaan tahan atau kuat serta keupayaan menanggung penderitaan. Ketahanan seseorang dilihat dari sudut fizikal dan mental seperti aspek psikologi, keyakinan diri dan semangat juang. Kedua-dua unsur ini menjamin seseorang itu menjadi manusia yang kuat , berani, tahan lasak, tabah dan cekal apabila menghadapi kesukaran.
-Pertahanan pula merupakan langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk menjamin keselamatan serta kepentingan tertentu. Ia meliputi aspek luaran atau fizikal seperti melatih anggota tentera, kelengkapan senjata, membina kubu pertahanan, taktik dan srategi peperangan.


PEMIKIR KETENTERAAN

Kautilya

1. Kautilya hidup pada zaman awal Dinasti Maurya di utara India. Bukunya bertajuk
Arthasastra (Science of Gain of power) pada kurun ke 3 Masihi, mengandungi halehwal
ketatanegaraan, pentadbiran diplomasi, peperangan dan juga perkaraperkara lain.
2. Arthasastra mengariskan enam perkara penting dalam menjalinkan hubungan
dengan negara lain iaitu:
i. mementingkan keamanan
ii. persediaan untuk peperangan
iii. membiarkan musuh membuat serangan pertama
iv. melancarkan serangan pertama
v. bersekutu dengan musuh
vi. mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan
serangan ke atas musuh yang lain
3. Arthasastra mengariskan empat cara yang boleh digunakan oleh seorang raja
untuk mencapai kemenangan dalam peperangan iaitu: 
i.memujuk musuh dengan perbincangan serta rasuah
ii. mencetuskan persengketaan dan melancarkan serangan
iii. menanam benih permusuhan
iv. melancarkan perang jika semua gagal
4. Kautilya juga berpendapat bahawa seseorang raja atau putera yang ingin berjaya
msti mengetahui tentang kekuatan dan kelemahan tenteranya, kelebihan dan kelemahan tentera musuhnya dan akhirnya tahu menyerang dengan mengambil sempatan atau berkesempatan.
5. Kautilya juga berpendapat dengan adanya kemahiran berkomplot atau tipu muslihat
adalah lebih baik daripada menggunkan kegagahan dan kehandalan. cara ini boleh
digunakan apabila nampak tanda-tanda kekalahan.
6. Cara berkomplot adalah dengan menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai
musuh, merasuah tukang masak dan kalau boleh merasuah seluruh anggota istana
untuk melemahkan musuhnya
7. Karya Arthasastra benyak mempengaruhi pahlawan dan raja-raja Hindu seperti
raja-raja Rajput dan Marathas. Karya beliau menjadikan peperangan seolah-olah
ada kaitan denga spiritual iaitu mengelakkan kelahiran semula seperti yang di sarankan dalam agama hindu

 Niccolo Machiavelli
1. Pemikir ketenteraan Eropah abad ke 16 Masihi berasal dari Itali dan pernah
menjadi diplomat dari tahun 1498 M hingga 1512 M. Beliau menulis buku The
Prince pada tahun 1515 M dan The Discourse Upon Living antar tahun 1515 M
hingga 1517. Akhirnya beliau menulis buku Art of War. Penulisan beliau bermatlamat memulihkan imej Florence dan negara kota Itali yang lain.
2. Buku The Prince memperkenalkan banyak panduan kepada pemerintahan dalam
mencapai kemenangan. Matlamat seorang raja adalah untuk mengekalkan
kerajaannya. Sekiranya kedudukan tergugat kerana pengikut yang tidak jujur maka
raja harus menghapuskannya demi kepentingan politik sendiri. Beliau juga
mengemukakan dua cara pentadbiran iaitu pertama dengan menggunakan undangundang
dan cara yang kedua melalui kekerasan dan ketenteraan. Pandangan
beliau banyak mempengaruhi pembentukan negara bangsa di Eropah seperti
Sepanyol, England dan Perancis. Berasaskan idea Machevelli raja-raja
menggunakan kekerasan untuk mengawal golongan bangsawan yang sebelum ini
banyak mengancam mereka.
3. The Art of War mengetengahkan tentang undang-undang dan senjata yang baik
adalah penting bagi seseorang raja. Seseorang raja selain mentadbir mesti
mempunyai prinsip-prinsip ketenteraan.
4. Pembentukan infantri, tentera yang berkhidmat semata-mata kerana gaji serta
pembentukan pasukan tambahan secara sukarela tidak digalakkan
5. Machavelli juga menolak pembinaan kubu-kubu pertahanan kerana ia hanya
membawa kepada kemusnahan. Beliau menekankan seorang raja boleh berkuasa
dengan menggunakan meriam, askar berkuda dan peralatan perang yang ringan
dan mudah untuk di bawa semasa peperangan

Contoh-contoh soalan:
1.Apakah yang dimaksudkan dengan ketahanan dan pertahanan. Dengan merujuk kepada sistem ketahanan dan pertahanan Mesir dan Mesopotamia nyatakan maksud tersebut.
2.Ketahanan dan pertahanan adalah penting dalam sesebuah tamadun kerajaan awal manusia.Jelaskan organisasi ketenteraan Tamadun Arab dan Tamadun Mesir.

TAMADUN DUNIA-TEMA2(PEMERINTAHAN&PENTADBIRAN)

1. Huraikan Sistem Pemerintahan Negara Islam Madinah Pada Zaman Nabi
Muhammad S.A.W.

A. PENGENALAN:

1. Nabi Muhammad s.a.w dalam keluarga ternama masyarakat Quraisy iaitu keturunan Bani Hashim.

2. Setelah baginda dilantik menjadi Rasulullah pada 610 Masihi, Nabi Muhammad s.aw mendapat tentangan yang hebat dari masyarakat Quraisy Makkah.

3. Penentangan demi penentangan menyebabkan baginda terpaksa berhijrah ke Madinah seterusnya mengasaskan sistem pemerintahan negara Islam pertama di Madinah.

B. SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA ISLAM MADINAH.( Huraikan isi )
Nabi Muhammad s.a.w telah mendirikan sebuah kerajaan Islam di Madinah dengan membuat beberapa dasar penting antaranya:

a. Membentuk Sistem Pentadbiran Islam berasaskan kepada empat perkara
iaitu:
1. Menghapuskan semangat Assabiyyah dan menggantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam.
2. Menjadikan Islam sebagai landasan undang – undang dan peraturan dalam hidup bermasyarakat.
3. Menjadikan kaedah bermusyawarah sebagai kaedah berkesan dalam pentadbiran.
4. Memperkenalkan peraturan bertulis iaitu Piagam Madinah.

b. Pembentukan Ummah.
1. Nabi Muhammad s.a.w telah mengambil langkah awal dengan menyatupadukan umat Islam dan bukan Islam melalui konsep Pembentukan Ummah.
2. Penyatuan antara golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Orang Aus dan Khazraj yang bersengketa sekian lama bermusuhan, disatukan setelah mereka memeluk Islam. Setelah itu tiada lagi perkara menuntut bela dan hutang darah seperti mana yang terdapat dalam amalan assabiyyah.
3. Pembentukan ummah di antar golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya menghapuskan perbezaan antara dua golongan sebaliknya dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

c. Mewujudkan Piagam Madinah.
1. Piagam Madinah yang diperkenalkan oleh Nabi Muhamamd s.a.w dilaksanakan kepada penduduk Madinah di mana undang – undang ini merupakan peraturan dan undang – undang yang tertinggi di Madinah.

2. Piagam Madinah menekankan pengiktirafan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah yang perlu dipatuhi dan dihormati. Baginda mempunyai kuasa memutuskan dasar – dasar negara Islam dan menyelesaikan masalah – masalah yang timbul.

3. Piagam Madinah menjadikan kota Madinah aman dan selamat kerana keselamatan penduduk adalah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh luar.


d. Kaedah Musyawarah Dalam Pentadbiran.
1. Baginda berjaya memperkenalkan sistem Syura ( Musyawarah ) dalam semua bidang terutamanya bidang politik dan ekonomi.

2. Baginda mengamalkan prinsip musyawarah semasa melakukan pengadilan terhadap tawanan Yahudi bani Quraizah semasa perang. Baginda tidak menunjukkan permusuhan dengan kaum Yahudi sebaliknya mengadakan perundingan demi perundingan dan memulangkan harta benda yang ditawan daripada pihak musuh semasa perang.

3. Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara golongan Ansar dan golongan Muhajirin dan juga mendamaikan permusuhan antara suku Aus dan Khazraj penduduk asal Madinah.

4. Nabi Muhammad s.a.w juga mengadakan musyawarah dengan para sahabat semasa menghadapi tentera Musyrikin Makkah bagaimana umat Islam dapat menghadapi serangan orang – orang Quraisy.

e. Membina Angkatan Tentera Islam.
1. Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku di zaman Nabi Muhammad s.a.w semasa memerintah Madinah. Pembentukan angkatan tentera Islam adalah bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman terutamanya dari kaum musyrikin.

2. Ekspedisi ketenteraan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w terbahagi kepada, pertama disertai oleh Nabi Muhammad yang dipanggil ‘ghazwah’ dan kedua ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad dikenali sebagai ‘sariyah’ Nabi Muhammad s.a.w telah menyertai sebanyak 27 kali ekspedisi ketenteraan.

3. Pembentukan angkatan tentera Islam telah membolehkan umat Islam Madinah menghadapi serangan orang Musyrikin dalam beberapa siri peperangan menghadapi serangan orang Musyrikin Makkah dalam beberapa siri peperangan seperti Perang Badar, Uhud dan Khandak.

4. Nabi Muhammad s.a.w telah menjadi pemimpin tentera Islam yang terbaik kerana baginda telah menjadi ketua dan pemimpin angkatan tentera Islam dan beberapa ekspedisi perang.

f. Membina Masjid.
1. Langkah awal sewaktu baginda sampai di Madinah Nabi yang dikenali sebagai Masjid Al – Nabawi yang menjadi tempat beribadat dan pusat penyebaran Islam.

2. Selain fungsi masjid sebagai pusat ibadat, Masjid juga digunakan untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam. Masjid Al – Nabawi juga berfungsi sebagai mengajar, membimbing, memberi nasihat kepada orang – orang yang baru menganuti Islam.

C. KESIMPULAN.
1. Sistem pemerintahan Islam di Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah merupakan sistem pemerintahan yang terbaik di dunia.

2. Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengasaskan sistem pemerintahan Islam di Madinah selain dapat menyebarkan Islam keseluruhan dunia.

TAMADUN DUNIA-TEMA1(MANUSIA&MASYARAKAT)

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 - KONSEP TAMADUN

Jelaskan konsep tamadun dan huraikan bagaimana ahli-ahli arkeologi membuktikan wujudnya sesebuah tamadun awal manusia yang terdapat di lembah- lembah utama di dunia.

Pengenalan
  • Sebelum munculnya tamadun awal manusia terdapat kelompok- kelompok masyarakat yang berselerak di merata- rata tempat , menunjukkan bentuk – bentuk kebudayaan , kebendaan dan kerohanian yang berbeza . Semasa zaman neolitik terdapat perbezaan – perbezaan yang di sebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur- unsur kehidupan . 
  • Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap neolitik . Ini memberikan suatu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang jauh lebih kompleks daripada perkampungan sebelumnya .
Isi

A)Konsep Tamadun
  • Tiada satu konsep dan takrifan yang muktamad . Salah satunya takrifnya oleh Gordon Childe , seorang ahli arkeologi Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya , tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian dari dan persekitarannya . Pada tahap itulah manusia berkumpul di sesuatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka iaitu untuk memperbaiki tahap kehidupan , interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan ‘cultural potential’ untuk kehidupan yang lebih sempurna , pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan , kegiatan pertanian serta pertumbuhan seni , sains dan teknologi 
  • Contohnya masyarakat Mesir dan Sumeria menjadi lebih teratur apabila suatu bentuk kerajaan timbul dengan munculnya golongan paderi / pendeta yang dianggap sebagai pelindung masyarakatnya manakala agama di gunakan sebagai kuasa untuk mengawal golongan ramai dan perkembangan corak ekonomi.
  • Selain itu , terdapat pula ahli arkeologi menjelaskan konsep tamadun melalui pembinaan bangunan - bangunan untuk memenuhi fungsi agama , sosial , politik dan ekonomi dan tulisan untuk merekodkan pengalamannya untuk kegunaan jangka masa panjang . Proses perbandaran membolehkan manusia menghadapi cabaran cabaran fizikal dengan lebih berkesan dan menggunakan kebolehannya untuk menentukan takdir mereka

B). Cara ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal manusia

1. Melalui kaedah cari gali
  • Ahli arkeologi dapat membuktikan kewujudan tamadun tamadun awal melalui kaedah cari gali atau ekskavasi ( Excavation) . Ini dapat dilihat melalui kaedah tinjauan dan kaedah cari gali di tapak- tapak yang di kenal pasti sebagai tapak arkeologi . Kaedah cari gali ini adalah melalui plot atau trench 2 x 2 meter , penggunaan alat seperti scraper , penapis , berus ,dan sebagainya .
  • Melalui kaedah cari gali ahli arkeologi dapat menemui artifak-artifak seperti serpihan tembikar , tulang binatang , rangka manusia , bangunan lama dan sebagainya . Bagi menentukan usia atau tempoh artifak sebagai bukti kewujudan tamadun , ahli arkeologi menggunakan kaedah atau sejenis alat yang dikenali sebagai radio carbon dating atau  “C14”.

2. Penemuan arkeologi
  • Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tinggalan – tinggalan arkeologi . Penemuan arkeologi ini adalah bukti yang paling penting dan jelas dapat menentukan di satu- satu tempat itu pernah wujud . Penemuan arkeologi dapat dibahagikan kepada 3 jenis seperti artifak , inskripsi dan monument. 
  • Artifak merupakan tinggalan sejarah yang kecil atau halus yang di temui di tapak arkeologi seperti serpihan tembikar , manik – manik , fosil – fosil , kapak batu dan lain-lain . Inskripsi pula merupakan tinggalan arkeologi yang bersifat sederhana besar dan mempunyai catatan yang tertentu seperti batu nisa , perkuburan , batu bersurat dan sebagainya . Monumen pula merujuk kepada tinggalan sejarah yang berbentuk bangunan seperti runtuhan istana , kuil atau rumah berhala , tugu peringatan dan sebagainya.
  • Contohnya kewujudan tamadun Mesir melalui penemuan artifak dan monument purba seperti pyramid , kuil – kuil , istana firaun , sphinx dan sebagainya

3. Penemuan sains dan teknologi
  • Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun awal adalah melalui tinggalan – tinggalan sains dan teknologi yang di capai oleh masyarakat lampau . Kebanyakan masyarakat lampau sudah menguasai ilmu Sains tinggi seperti dalam bidang kejuruteraan bangunan, perubatan , matematik , astronomi , fizik,kimia dan sebagainya 
  • Ini secara tidak langsung mereka berjaya menghasilkan ciptaan – ciptaan sains dan teknologi untuk meningkatkan tamadun mereka yang kemudian menjadi lambang atau simbol kehebatan sesebuah tamadun
  • Misalnya Orang Mesir terkenal dalam kimia , perubatan , kejuruteraan dan astronomi yang membolehkan ahli sejarah menemui tinggalan seperti pyramid , sphinx dan “mumia”. Tamadun Hwang Ho dibuktikan melalui penemuan sains dan teknologi seperti tinggalan bangunan purba , kertas , jade , kompas dan sebagainya.

4. Penemuan tapak – tapak kota atau bandar purba
  • Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tapak- tapak kota atau bandar purba yang mempunyai pelbagai kemudahan dan kelengkapan . Antaranya seperti Istana , rumah ibadat , kubu pertahanan , bangunan pentadbiran , tugu peringatan dan sebagainya .Tapak- tapak kota ini adalah berbentuk monument yang lengkap. Bahkan penemuan ini, mengikut ahli arkeologi sebagai lambang keagungan sesebuah tamadun awal seperti Mesir , Sumeria , Indus dan lain lain 
  • Contohnya arkeologi menemui tapak kota purba Harappa dan Mohenjo daro sebagai bukti wujudnya tamadun Indus di Lembah Sungai Indus pada tahun 300sm. Tamadun Sumeria melalui tapak kota purba Babylon di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.

5. Sistem tulisan
  • Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal juga melalui penemuan sistem tulisan yang terdapat pada tinggalan arkeologi seperti batu bersurat , tugu peringatan , istana ,kuil , surat perjanjian dan sebagainya. Tulisan mengikut Darcy Riberio adalah lambang dan manifestasi sesuatu bangsa. 
  • Bentuk tulisan yang terawal adalah dari bentuk simbol – simbol atau lambang yang di cantumkan menjadi maksud tertentu .Antaranya tulisan yang terawal seperti hieroglif (Mesir) Cuneiform ( Sumeria) Ideogram(Hwang Ho) Phoenicia (Yunani) dan sebagainya . Bentuk tulisan purba ini ditemui pada batu- batu bersurat , tugu peringatan , rumah -rumah ibadat , kubur , bangunan dan sebagainya .
  • Contohnya ahli arkeologi dapat mengkaji perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan batu bersurat yang dikenali sebagai “Rosetta Inscription” dan tulisan- tulisan yang terdapat pada dinding pyramid.

6. Aktiviti Ekonomi
  • Ahli arkeologi dapat juga membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tinggalan-tinggalan yang berkaitan dengan ekonomi masyarakat purba .Antaranya melalui sistem pertanian , perdagangan, mata wang , pengangkutan dan sebagainya 
  • Contohnya tamadun Sumeria sering dikaitkan dengan aktiviti perindustrian tekstil dan senjata , kejayaan mencipta kenderaan beroda yang dikenali “chariot” , penggunaan kapal layar dan lain- lain. Tamadun Rom dapat di kesan melalui penemuan artifak yang ada kaitan dengan ekonomi seperti wang syiling emas dan perak dan sebagainya.

7. Agama dan Kepercayaan
  • Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun melalui agama dan kepercayaan . Ini kerana setiap tamadun atau masyarakat awal mempunyai agama masing -masing . Biasanya mereka juga akan meninggalkan kesan -kesan ekonomi yang dapat menjadi bahan kajian kewujudan tamadun mereka .Antaranya seperti tinggalan rumah ibadat seperti kuil , berhala , patung dewa atau tuhan , tempat pemujaan dan penyembahan , alat- alat penyembahan dan sebagainya . Kebanyakan bukti- bukti dijadikan bahan rujukan utama kepada ahli arkeologi untuk mengkaji pemikiran budaya , cara hidup , nilai sosial , adapt dan sebagainya.
  • Contohnya Tamadun Sumeria dapat di kaji penemuan rumah berhala yang dikenali sebagai “ziggurat” yang merupakan bangunan berbentuk pIramid tujuh tingkat , tamadun Mesir melalui penemuan kompleks kuil dan patung dewan di bandar keagamaan purba Mesir di Kernak dan Memphis dan sebagainya.